Hamzah Zainudin lapor diri di KDN - Utusan Malaysia

Hamzah Zainudin lapor diri di KDN

HAMZAH Zainudin mengimbas cap jari pada mesin 'clock in' sebagai simbolik melapor diri secara rasmi ke KDN. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin bersama dua timbalannya melaporkan diri di Kementerian Dalam Negeri (KDN) pagi ini.

Beliau bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Ismail Mohamed Said dan Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Jonathan Yassin tiba kira-kira pukul 8.50 pagi.

Ketibaan mereka disambut Ketua Setiausaha KDN, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz bersama ketua-ketua pengarah agensi di bawah KDN.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim.

Hamzah kemudian mengimbas cap jari pada mesin ‘clock in’ kira-kira pukul 8.58 pagi sebagai simbolik beliau melapor diri secara rasmi ke KDN.

Ahli Parlimen Larut itu dilantik semula sebagai Menteri Dalam Negeri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sebelum ini, Hamzah turut memegang jawatan sama di bawah kerajaan pimpinan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hamzah dan barisan anggota Jemaah Menteri yang lain serta 37 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Isnin lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya