Hamil? Neelofa kerap pegang perut - Utusan Malaysia

Hamil? Neelofa kerap pegang perut

NOOR Neelofa Mohd. Noor kelihatan memegang perut ketika hadir bersama suaminya di Kompleks Mahkamah Seremban hari ini bagi sebutan semula kes pelanggaran SOP yang dihadapi mereka sebelum ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kehadiran selebriti popular, Noor Neelofa Mohd. Noor ke Kompleks Mahkamah Seremban di sini, hari ini seakan mengiyakan khabar angin bahawa dia kini sedang hamil.

Ia selepas Noor Neelofa kelihatan sering kali memegang perutnya ketika bersama suaminya, Muhammad Haris Mohd. Ismail ketika hadir bagi prosiding sebutan semula kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang dihadapi mereka sebelum ini.


NOOR Neelofa Mohd. Noor berjalan dipimpin Muhammad Haris Mohd. Ismail di Kompleks Mahkamah Seremban hari ini bagi sebutan semula pelanggaran SOP yang dihadapi mereka sebelum ini.

Gambar-gambar selebriti itu yang dirakam jurufoto Utusan Malaysia, Mohd. Shahjehan Maamin yang disiarkan Utusan Online turut dibanjiri netizen yang turut memberikan komen mengenai perkara tersebut.

Tidak kurang juga yang mengucapkan tahniah kepada Nor Neelofa atas perkembangan terbaharu tersebut meskipun sehingga ini dia dan suami masih belum membuka mulut berhubung spekulasi berkenaan.

Terdahulu, Noor Neelofa yang berjubah kelabu tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Seremban kira-kira pukul 8.40 pagi bagi sebutan semula kes pendakwaan atas pertuduhan gagal mematuhi SOP di sebuah kedai permaidani di Nilai 3, Nilai pada 2 Mei lalu.

Kes tersebut akan disebut semula pada 21 Oktober ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya