Had jemaah solat ikut kapasiti masjid, surau bermula esok

Had jemaah solat ikut kapasiti masjid, surau bermula esok

SEBAHAGIAN jemaah menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra, Putrajaya. - FOTO/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Berkuat kuasa esok, kehadiran jemaah bagi solat Jumaat dan solat fardu di Wilayah-Wilayah Persekutuan dibenarkan mengikut had kapasiti masjid dan surau dengan penjarakkan 1.5 meter.

Ketetapan terbaharu itu diumumkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hari ini selepas mendapat perkenan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Pengarah Jawi, Datuk Mohd. Ajib Ismail berkata, ketetapan itu dibuat selaras perkembangan terkini Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Beliau berkata, semua masjid dan surau juga dibenarkan untuk melaksanakan aktiviti pengimarahan seperti kuliah Maghrib, kuliah Subuh, kuliah Dhuha, kuliah Zohor dan tazkirah sebelum Solat Jumaat.

“Masjid dan surau juga dibenarkan untuk melaksanakan Tadarus al-Quran, kuliah muslimat, bacaan Yasin, tahlil, program zikir munajat dan doa tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, pihaknya berharap agar umat Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan terus mematuhi SOP yang ditetapkan dan memanfaatkan peluang tersebut untuk mengimarahkan masjid dan surau.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan peralihan ke Fasa 3 PPN bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya