Guru belum lengkap vaksin boleh hadir ke sekolah, tapi dengan syarat

Guru belum lengkap vaksin boleh hadir ke sekolah, tapi dengan syarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) yang masih belum menerima vaksin lengkap atau tidak mengambil vaksin tetapi perlu hadir ke sekolah harus mematuhi beberapa garis panduan ditetapkan.

Berdasarkan garis panduan pengurusan dan pengoperasian sekolah 3.0, antara beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi adalah tidak berada di bilik atau kawasan yang sama dengan murid atau warga sekolah yang telah menerima vaksin lengkap.

Selain diminta untuk sentiasa memakai pelitup muka berganda dan pelindung muka, golongan belum lengkap vaksin ini juga tidak dibenarkan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka.

Pihak penyedia perkhidmatan sokongan juga perlu memastikan hanya pekerja yang telah menerima vaksin lengkap bertugas di sekolah.

Pada masa sama, pihak sekolah perlu menyediakan bilik yang berasingan untuk guru dan AKP yang masih belum menerima vaksin lengkap atau tidak mengambil vaksin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya