Guardiola rasa bersalah dengan penonton - Utusan Malaysia

Guardiola rasa bersalah dengan penonton

PEP GUARDIOLA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengendali Manchester City Pep Guardiola rasa bersalah selepas terikat dengan keputusan 0-0 menentang Southampton.

Guardiola meminta sokongan lebih padu daripada peminat selepas hanya 38,062 orang tampil di Stadium Etihad ketika kemenangan 6-3 ke atas RB Leipzig dalam aksi Liga Juara-Juara Rabu lalu.

Namun dalam kunjungan Southampton, kehadiran penyokong City hampir memenuhi kapasiti 55,000 penonton di Etihad.

Penyokong-penyokong memberikan suasana yang diidamkan Guardiola walaupun prestasi pemain di atas padang tidak mencapai tahap diharapkan.

“Setiap kali permainan tidak bagus saya rasa bersalah terhadap mereka. Mereka datang untuk lihat persembahan dan permainan yang bagus, namun apabila ia tidak berlaku, saya rasa bersalah.

“Saya tidak kata perkara yang salah selepas perlawanan Leipzig. Saya kata kami mempunyai perlawanan yang sukar, termasuk ketika menentang Southampton, dan sokongan peminat amat diperlukan.

“Saya tidak pernah merungut tentang jumlah kehadiran penyokong. Saya tetap bersyukur walaupun 85 atau 100 orang yang hadir,” kata Guardiola.

Guardiola menyaksikan pengadil Jon Moss mengubah keputusan untuk memberikan penalti kepada Southampton dan melayangkan kad merah kepada pertahanan City Kyle Walker di babak kedua.

Jaringan Raheem Sterling untuk City dibatalkan kerana ofsaid dan ia disahkan menerusi ulang tayang VAR.

Keputusan itu meletakkan City tiga mata di belakang pendahulu, Liverpool dan Manchester United serta Chelsea berpeluang memintas mereka jika tidak tewas malam ini.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya