Gua Kelam ditutup, Bukit Ayer buka untuk berkelah sahaja - Utusan Malaysia

Gua Kelam ditutup, Bukit Ayer buka untuk berkelah sahaja

TANGKAP layar video air terjun yang deras di Taman Eko-Rimba Bukit Ayer, Batu Pahat, Kangar, Perlis semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Gua Kelam 1 dan 2 ditutup untuk lawatan pengunjung dan aktiviti riadah di kawasan berkenaan bermula hari ini, berikutan arus air di situ masih deras berikutan hujan lebat sejak kebelakangan ini.

Taman Eko-Rimba Bukit Ayer, Batu Pahat di sini pula hanya dibuka untuk aktiviti berkelah dan riadah sahaja manakala aktiviti mandi tidak dibenarkan.

Pengarah Jabatan Perhutanan negeri, Awang Shafie Awang Ahmadni berkata, hujan lebat khususnya di sebelah Wang Kelian menyebabkan paras air naik ke kawasan Gua Kelam seterusnya didapati tidak selamat kepada pengunjung.

“Jadi, kita tutup dulu aktiviti untuk masuk Gua Kelam kepada pengunjung bermula hari ini. Kami akan pantau keadaan semasa paras air dan apabila sudah berada pada paras selamat baru dibuka semula.

“Bagi Taman Eko-Rimba Bukit Ayer, pula, air sudah kembali jernih berbanding video yang tular di media sosial semalam. Hari ini pun kami sudah buka kepada pengunjung untuk berkelah tetapi mandi tidak dibenarkan.

“Sebenarnya aktiviti mandi di Bukit Ayer ataupun Gua Kelam memang kita tidak benarkan semasa fasa tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) ini bagi menjaga keselamatan dan tidak mahu berlaku kluster baharu,” katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas sebuah video yang tular dalam media sosial semalam memaparkan air terjun di Taman Eko-Rimba Bukit Ayer yang mengalir deras akibat hujan lebat sepanjang hari. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya