BERLIN: Leon Goretzka sudah menandatangani kontrak baharu yang menyaksikan dia kekal bersama Bayern Munich sehingga 2026 umum kelab itu.
Tindakan itu hadir selepas dia mengikut jejak langkah rakan sepasukannya, Joshua Kimmich juga memberi komitmen kepada juara Bundesliga itu.
Goretzka akan tamat kontrak pada hujung musim ini tetapi komited menyambung kontraknya selama lima tahun seminggu selepas Kimmich menandatangani kontrak sehingga 2025.
“Kami gembira Joshua Kimmich dan Leon Goretzka masih bersama kami,” kata pengarah sukan, Hasan Salihamidzic.
Sejak menyertai Bayern daripada Schalke tiga tahun lalu, Goretzka, 26, berjaya membentuk gandingan cemerlang bersama Kimmich dan berjaya meraih kejuaraan Bundesliga untuk dua tahun berturut-turut.
Goretzka sudah menjaringkan 25 gol dalam118 penampilan bersama Bayern.-AFP