PETALING JAYA: Glenmarie Hotel & Golf Resort yang baharu dilancarkan oleh Tradewinds Corporation Bhd yang merupakan salah satu syarikat pengurusan hotel terbesar Malaysia menawarkan satu pengalaman yang cukup mengujakan.
Hotel baharu itu menawarkan pelbagai kemudahan untuk tetamu termasuk lima restoran, diketuai chef yang berbakat dan cukup berpengalaman.
Selain itu, Pengurus Besar Kluster Glenmarie Hotel & Golf Resort, Jung Chul Soon berkata, hotel berkenaan turut menyediakan ruang mesyuarat yang lengkap dengan kemudahan terbaik dan mempunyai akses terus kepada dua padang golf.
“Kami semestinya teruja untuk mengalu-alukan tetamu menikmati kelainan baharu yang terdapat di Glenmarie Hotel & Golf Resort, di mana kami menawarkan pengalaman bermakna dan penginapan yang hebat,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Glenmarie Hotel & Golf Resort mempunyai 260 bilik menghadap ke padang golf Glenmarie Golf & Country Club dan terletak hanya 30 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan 10 minit dari Lapangan Terbang Subang SkyPark.
Lebih menarik mereka yang menetap di hotel itu hanya memerlukan 40 minit untuk ke Menara Berkembar PETRONAS dan pusat bandar Kuala Lumpur, menjadikannya tempat percutian yang sempurna dan penginapan yang selesa.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Glenmarie Hotel & Golf Resort di +603 7802 5200, e-mel [email protected] atau kunjungi laman web baharu di www.glenmarie.com.my. – UTUSAN