Giliran figura kumpulan Dolla pula di Times Square, New York - Utusan Malaysia

Giliran figura kumpulan Dolla pula di Times Square, New York

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kumpulan nyanyian wanita terkenal tanah air, Dolla berjaya mengharumkan nama negara di mata dunia setelah figura mereka muncul menghiasi papan iklan digital tersohor New York Times Square, Amerika Syarikat.

Menurut kenyataan, penampilan Dolla yang mewakili negara Malaysia pada papan iklan terkenal itu adalah sebahagian daripada kempen Equal oleh wadah penstriman digital tersohor dunia, Spotify.

Kongsi wakil kumpulan Dolla, Sabronzo, dia meluahkan rasa terharu sekali gus menzahirkan penghormatan setelah menerima perkhabaran berita gembira ini.

“Tidak mampu nak meluahkan perasaan kami sekarang. Ia satu penghormatan yang besar buat sebuah kumpulan nyanyian seperti kami.

“Oleh kerana kumpulan ini baru hendak bertatih dan berharap kami akan dapat terus memenuhi harapan para peminat,” ujar Sabronzo.

Sebagai informasi, terdapat senarai lagu terbaik global Equal atau the ‘best’ Equal Global Playlist yang menyenaraikan artis-artis dari serata dunia.

Kemudian, Dolla yang ditubuhkan pada tahun 2019 itu mula menggegar industri muzik tempatan dengan penampilan mereka yang agak berani serta gaya persembahan yang mengagumkan.

Kumpulan ini juga merupakan artis Malaysia ketiga yang ditampilkan di papan iklan New York Times Square selepas Yuna, dan bintang baharu Layla Sania, pada bulan lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya