Ganja bakal ‘halal’ untuk sukan? - Utusan Malaysia

Ganja bakal ‘halal’ untuk sukan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) sedia mengkaji semula penggunaan kanabis atau ganja sebagai bahan terlarang dalam kalangan atlet dunia.

WADA menerusi kumpulan penasihat mereka memaklumkan, kajian tersebut perlu dilakukan semula selepas bahan itu didapati tidak memberi sebarang kelebihan dalam aspek olahraga.

Terdahulu, pelari pecut Sha’Carri Richardson dari Amerika Syarikat terlepas untuk menyertai Sukan Olimpik 2020 Tokyo selepas didapati positif ganja.

Begitupun, atlet berusia 21 tahun itu memberikan alasan bahawa dia terpaksa mengambilnya kerana mahu merawat masalah kesedihan ekoran kematian ibunya.

Richardson ‘terkantoi’ apabila air kencing yang diambil selepas ujian trek dan lapangan Olimpik bagi skuad AS pada Jun lalu didapati positif bahan larangan tersebut.

“Sampel air kencing Sha’Carri didapati mempunyai kandungan ‘THC’ yang disifatkan Agensi Anti-Doping Amerika Syarikat (USADA) sebagai bahan utama daripada kanabis, marijuana dan hashish.

“Memandangkan ia tidak memberi sebarang kelebihan dalam aspek olahraga, jadi dia hanya dikenakan larangan selama sebulan berbanding tiga bulan memandangkan Sha’Carri telah menghadiri program kaunseling mengenai penggunaan ganja.

“Kajian semula terhadap bahan tersebut akan bermula tahun depan. Kanabis menjadi bahan terlarang pada masa ini dan akan berterusan sehingga 2022,” ujar WADA dalam satu kenyataan.

Richardson merupakan pesaing hebat dalam acara 100m selepas mencatatkan masa terbaik 10.80s sebanyak tiga kali sepanjang tahun ini dengan rekod terbaiknya 10.72s yang dilakukan di Florida, April lalu.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya