“Finas tolong tangkap produksi yang tak ikut SOP” -Jinggo - Utusan Malaysia

“Finas tolong tangkap produksi yang tak ikut SOP” -Jinggo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penerbit dan pengarah terkenal, Jinggo mengharapkan agar Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengambil tindakan kepada segelintir penggiat seni dan kreatif yang tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) Fasa 1 yang baharu.

Menurut Jinggo, perkara tersebut boleh menjejaskan operasi syarikat produksi lain yang baru sahaja dapat bernafas semula untuk meneruskan sesi pengambaran serta aktiviti seni.

Malah, ia sekaligus dapat memberi kesan buruk dan mencalarkan nama baik industri seni kreatif di negara ini.

“Jangan kerana kamu semua, kita orang pula tidak boleh melakukan pengambaran! Finas tolong tangkap produksi yang tidak mengikut SOP.

“Sebelum kemudahan industri kita ditarik semula. Boleh pula kamu semua menganjing ya, tidak perlu ambil vaksin pun ada sahaja produksi yang panggil.

“Kalau lepas tidak mengapa, kalau tak lepas? Bukan kamu sahaja yang sangkut, kita orang pun sangkak. JS Pictures dah nak kembali menjalani pengambaran tahu tak!” tulisnya bernada tegas di Instagram.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan penegasan yang dilontarkan pengarah tersebut.

Sebagai informasi, pihak kerajaan telah memberi kelonggaran SOP Fasa 1 kepada industri seni kreatif untuk menjalankan pengambaran, mulai hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya