Enam lelaki ‘gian main tembak-tembak’  ditahan polis - Utusan Malaysia

Enam lelaki ‘gian main tembak-tembak’  ditahan polis

ABDUL Rahim Daud (dua dari kiri) menunjukkan senjata tiruan yang dirampas di Kampung Buloh Poh, Ketereh, Kota Bharu, Kelantan, Selasa lalu. - UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis menahan enam lelaki dan merampas 11 laras senjata tiruan yang digunakan mereka untuk bermain ‘tembak-tembak’ dalam serbuan di kilang padi terbiar di Kampung Buloh Poh, Ketereh di sini, pagi kelmarin.

Suspek berusia antara 14 tahun hingga 38 tahun ditahan ketika serbuan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, kira-kira pukul 10.30 pagi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, ketika serbuan, kesemua suspek leka bermain tembak-tembak yang mirip permainan paintball dengan menggunakan peluru plastik.

“Siasatan mendapati kesemua senjata api tiruan yang menyerupai M16 dan AK47 tersebut dibeli secara dalam talian dengan harga RM200 hingga RM500 selaras.

“Berdasarkan rekod tertera padanya, kesemua senjata api terbabit dihasilkan di China dan Hong Kong,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, siasatan lanjut juga mendapati, kumpulan itu mula bermain tembak-tembak sejak dua bulan lalu dengan setiap suspek memiliki sekurang-kurangnya satu atau dua senjata.

“Hasil ujian saringan air kencing kesemua mereka negatif. Kebanyakan suspek bekerja sendiri dan mereka mendakwa hanya bermain secara suka-suka tanpa unsur perjudian. 

“Mereka berenam dibebaskan dengan jamin polis selepas direman dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang jika disabit kesalahan boleh dipenjara setahun atau denda RM5,000,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menyimpan senjata tiruan selain wajib mempunyai kebenaran pihak berkuasa sekiranya mahu memiliki senjata api yang asli.

“Kita tidak menolak kemungkinan senjata tiruan ini boleh disalah guna untuk mana-mana pihak melakukan kegiatan menyamun dan merompak,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya