Empat mukim ‘hotspot’ banjir di Kluang - Utusan Malaysia

Empat mukim ‘hotspot’ banjir di Kluang

JAMALUDIN A. Hamid (kanan) selepas menerima sebanyak 710 khemah lipat kurniaan Sultan Johor dan YSIJ di pekarangan Dewan Tunku Ibrahim Ismail, di Kluang, Johor. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Empat mukim di daerah ini iaitu Mukim Kluang, Ulu Benut, Machap dan Kahang dikenal pasti sebagai lokasi kerap berlaku bencana banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kluang, Jamaludin A. Hamid berkata, justeru penduduk terutama yang tinggal berhampiran sungai dan sumber air diminta berhati-hati dengan tidak melakukan aktiviti berisiko seperti memancing dan mandi-manda.

Katanya, ibu bapa dan penjaga juga diminta memantau pergerakan anak masing-masing yang ketika ini sepatutnya menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

“Kita tidak mahu berlaku sebarang kejadian tidak diingini yang berpunca daripada kealpaan kita dan saya menasihatkan ibu bapa atau penjaga supaya sentiasa bertanyakan perkembangan anak mereka dari masa ke masa jika terpaksa keluar bekerja.

“Insya-Allah di peringkat jawatan kuasa, kita sudah bersiap siaga termasuk soal kenderaan, logistik, makanan, minuman, pusat pemindahan sementara dan kemudahannya selain penyediaan peralatan khemah serta selimut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima sebanyak 710 khemah lipat kurniaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di pekarangan Dewan Tunku Ibrahim Ismail, di sini hari ini.

Jamaludin yang juga Pegawai Daerah Kluang berkata, pemberian sumbangan berkenaan diagihkan kepada agensi-agensi dan penghulu-penghulu mukim berdasarkan lokasi hotspot bencana.

“Kurniaan Tuanku Sultan Johor, Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) merupakan inisiatif Baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi membuat persiapan menghadapi bencana di Kluang,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya