Elavarasan digantung 12 bulan sekiranya... - Utusan Malaysia

Elavarasan digantung 12 bulan sekiranya…

E. ELAVARASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Pengendali Sarawak United FC, E Elavarasan diberikan amaran keras apabila berisiko digantung 12 bulan seandainya mengulangi kesalahan sama dalam tempoh pemerhatian selama setahun.

Bekas pengendali PKNS FC itu, didenda RM10,000 susulan tindakannya melanggar Artikel 61 Kod Tatatertib FAM yang dibaca bersama dengan Artikel 7 Statut FAM (Tatalaku Badan dan Pegawai) dan Artikel 82 Statut FAM (Sumbangan kepada Media) atas tindakannya yang membuat kenyataan/komen semasa temu ramah selepas perlawanan (post match interview) berhubung isu yang melibatkan FAM tanpa kebenaran.

Kenyataan yang dibuat Elavarasan semasa temu ramah secara terus atau secara innuendo boleh memberikan impak yang negatif ke atas nama baik dan reputasi FAM selain daripada mengecam mengenai urusan pentadbiran hal-ehwal FAM (kepengadilan) atau pengelolaan Liga Malaysia pada perlawanan Liga Perdana melibatkan pasukan Sarawak United menentang Negeri Sembilan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 10 September lalu.

“Pegawai ini dikenakan hukuman penggantungan selama 12 bulan daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak termasuk aktiviti-aktiviti pentadbiran, pengurusan kesukanan bola sepak serta aktiviti yang bersampingan dengannya yang berkuatkuasa mulai 17 September 2021 sehingga 16 September 2022 dan didenda sebanyak RM10,000.

“Walau bagaimanapun, Jawatankuasa telah memutuskan untuk mengguna pakai Artikel 35 Kod Tatatertib FAM di mana hukuman penggantungan tersebut adalah ditangguh terlebih dahulu tertakluk kepada kelakuan baik pegawai ini selama 12 bulan.

“Jika kesalahan yang sama berulang dalam tempoh 12 bulan selepas penangguhan penggantungan, maka hukuman penggantungan 12 bulan tersebut akan dikuat kuasakan serta-merta terhadap beliau,”.

Keputusan itu diputuskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Baljit Singh Sidhu dalam mesyuarat kali keempat bagi penggal 2021-2025 yang diadakan secara dalam talian, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya