Elaun menteri, timbalan menteri terlalu mewah - Syed Saddiq

Elaun menteri, timbalan menteri terlalu mewah

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas) di Dewan Rakyat hari ini persoal jumlah gratuity atau ganjaran menteri dan timbalan menteri yang tetap dilantik walaupun kerajaan bertukar sebanyak tiga kali sepanjang penggal ini.

Katanya dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), elaun yang dinikmati golongan menteri dan timbalan menteri adalah bersifat melampau kerana terlalu banyak dan masing-masing mencecah ribuan ringgit.

“Saya bercakap berdasarkan pengalaman saya sebagai menteri, gaji seorang menteri setiap bulan RM55,000, dapat rumah yang agak mewah di Putrajaya, kereta dan pemandu serta kos makanan juga boleh dituntut, mereka juga dapat nombor plat yang bernilai ratusan ribu ringgit serta dapat dua lesen import (AP) untuk membawa masuk kereta mewah dan satu bidang tanah di Putrajaya dan elaun percutian,

“Bukan itu sahaja, bagi yang dah berkahwin boleh dapat RM100,000 hingga RM200,000 setiap tahun atas elaun percutian. Saya berharap kerajaan yang baru ini yang telah bertukar tiga kali dan ada menteri yang kekal sebanyak tiga kali, adakah ganjaran mereka dikira sekali atau pun setiap kali diberhentikan diberikan RM1 juta?” soalnya.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa untuk bincangkan perkara itu.

“Saya juga harap perbincangan itu boleh gabungkan sekali dengan isu political funding act kerana saya faham ahli-ahli Parlimen pembangkang sebelum ini berkata, mereka perlu keluarkan dana daripada poket mereka sendiri dan kita perlu ubah ini,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya