Efluen dilepaskan ketika air sungai tinggi - LUAS - Utusan Malaysia

Efluen dilepaskan ketika air sungai tinggi – LUAS

ANGGOTA LUAS sedang memeriksa bau sampel air yang diambil dari Sungai Semenyih berikutan pencemaran dikesan berlaku di sana dan Sungai Rinching, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelepasan efluen yang merupakan sisa buangan daripada industri dipercayai dibuat ketika paras air Sungai Semenyih tinggi menyebabkan henti tugas di Loji Rawatan Air (LRA) di sana.

Hal itu didedahkan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang mendapati tindakan itu dikatakan berlaku antara pukul 1 hingga 7 pagi susulan hujan lebat di bahagian hulu semalam.

“Penemuan awal punca pencemaran berdasarkan pensampelan kualiti air yang telah dilakukan berkemungkinan dari kemasukan efluen oleh pihak tidak bertanggungjawab ke dalam Sungai Semenyih.

“Ketika itu, paras air sungai adalah tinggi susulan hujan lebat di bahagian hulu pagi semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan hampir sejuta penduduk di Petaling, Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat dan Putrajaya mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berpunca daripada pencemaran bau yang dikesan berlaku di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir kira-kira pukul 11.10 pagi semalam.

LUAS memberitahu, pihaknya yang menerima laporan semalam mendapati bau sehingga satu ton dikesan di muka sauk Jenderam Hilir LRA Sungai Semenyih.

Kata LUAS, pihaknya juga telah menjalankan pemantauan statik dan pensampelan di dua kawasan iaitu di Jambatan Ladang Bukit Unggul dan Jambatan Kampung Rinching Hilir.

Selain itu, pemantauan turut dilakukan bersama Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd (Air Selangor) dalam memastikan tiada kesan bau di Sungai Semenyih.

“Pensampelan ujian bau telah dijalankan setiap sejam. Berdasarkan pemantauan statik menunjukkan keadaan air sungai kelihatan normal dan bacaan bau adalah sifar (0) ton,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya