Dua lelaki maut terlibat kemalangan tiga motosikal

Dua lelaki maut terlibat kemalangan tiga motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua lelaki maut manakala seorang lagi lelaki parah selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 406 Lebuhraya Utara Selatan, Kuala Kubu Bharu di sini, semalam.

Mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu adalah Mohd. Rafide Mohd. Sharkawi, 35; Ahmad Fakrullah Ali Affendi, 28, dan Nooramirul Nizam Mohd Amir, 29.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 10.12 malam tadi.

Katannya, sebanyak lapan anggota bersama beberapa jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, anggota bertugas melakukan pemeriksaan di lokasi dan mendapati berlaku kemalangan membabitkan tiga motosikal serta tiga mangsa lelaki.

“Pemeriksaan awal mendapati dua daripada tiga mangsa berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambah Norazam, mangsa dilaporkan parah dihantar ke Hospital Slim River oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Dua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya