Dua lelaki didenda RM3,500, tampal poster pinjaman ah long - Utusan Malaysia

Dua lelaki didenda RM3,500, tampal poster pinjaman ah long

DUA lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas tuduhan menampal poster dan mengedar risalah pinjaman wang tanpa lesen.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Dua lelaki masing-masing didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menampal poster dan mengedar risalah syarikat pinjaman wang tanpa lesen (ah long), minggu lalu.

Majistret Mahyun Yusof juga memerintahkan supaya tertuduh Woon Wan Pau, 46 dan Tan Hai Liang, 37, menjalani hukuman penjara lapan bulan, jika gagal menjelaskan denda itu.

Kedua-dua tertuduh bagaimanapun membayar denda tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa membantu pemberi pinjaman wang tanpa lesen dengan menjalankan kegiatan mengedar risalah dan menampal poster berkaitan pinjaman kewangan.

Kesalahan itu didakwa ilakukan di kawasan Bandar Sri Sendayan di sini pada pukul 3.30 petang, 7 September lalu.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 29AA Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Zainul Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Minggu lalu, media melaporkan polis Negeri Sembilan menahan lima lelaki warga tempatan dipercayai terlibat kegiatan memberi pinjaman wang tanpa lesen (ah long) di Negeri Sembilan dalam tiga serbuan berasingan.

Dua tertuduh yang didakwa merupakan antara suspek yang ditahan selepas dikesan mempromosikan pinjaman wang tanpa lesen di Bandar Baru Sri Sendayan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya