Dua kementerian berkolaborasi tingkatkan capaian internet luar bandar

Dua kementerian berkolaborasi tingkatkan capaian internet luar bandar

MAHDZIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Luar Bandar menjalinkan kolaborasi dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mempertingkatkan capaian internet di kawasan luar bandar.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, walaupun tidak boleh dilaksanakan secara keseluruhan, tetapi ia boleh dibuat secara berfasa untuk membolehkan capaian internet tinggi di kawasan pendalaman.

Menurutnya, kementerian juga akan berkolaborasi dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memandangkan mereka mempunyai talian bekalan elektrik dan talian fiber optik yang boleh mempertingkatkan capaian internet.

“Kawasan yang akan dimulakan bergantung kepada data yang ada, terutamanya daerah di Sarawak kerana di sana juga ada program Jalinan Digital Negara (Jendela). Semua ini perlu dimulakan kerana jika tidak dilaksanakan capaian internet akan perlahan.

“Kita akan teliti daerah mana yang akan dilaksanakan, jika di situ ada capaian internet, kita teliti kelajuannya sekiranya perlu ditambah dan ini memerlukan data yang akan diperoleh dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Serah Tugas Menteri Pembangunan Luar Bandar dengan Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad.

Mahdzir berkata, perjumpaan dengan Tan Sri Annuar Musa akan diadakan secepat mungkin bagi membincangkan kolaborasi memandangkan capaian jaringan internet kini menjadi keutamaan.

Katanya lagi, jika dahulu kemudahan seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik menjadi keutamaan, tetapi kini permintaan jaringan internet adalah penting.

“Kena ada perancangan, tidak boleh satu bulan semuanya berjalan lancar, berapa lama kita perlu buat dan berapa banyak belanjawan diperlukan. Saya serahkan ini kepada Ketua Setiausaha Kementerian dan pengurusan untuk diperhalusi dan dilaksanakan secepat mungkin,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya