Doakan mak dan adik saya - Ramlah Ram - Utusan Malaysia

Doakan mak dan adik saya – Ramlah Ram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi bersuara emas, Ramlah Ram memohon orang ramai supaya mendoakan kesembuhan ibu dan adiknya yang disahkan positif Covid-19.

Ramlah, 56, membuat permohonan tersebut menerusi Instagramnya baru-baru ini.

“Asalamualaikum, mohon bantuan semua tolong doakan mak dan juga adik saya, Shafiei cepat sembuh dan semua keluarga saya di Kluang mohon mereka dijauhkan dari penyakit ini.

“Baru semalam disahkan positif Covid-19,” tulisnya di Instagram

Penyanyi yang pernah membuat kemunculan istimewa di dalam filem Buli Balik ini memberitahu dia amat khuatir terhadap tahap kesihatan ibunya yang sudah berusia.

“Saya tak tahu nak buat apa lagi, hanya mampu berdoa pada Allah.

“Saya teramat risaukan keadaan mak dengan keadaan mak umur sudah mencecah 80 tahun,” tulisnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya