Dikwan dapat No. 4 - Utusan Malaysia

Dikwan dapat No. 4

RIDZUAN PUZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh pecut negara, Ridzuan Puzi menamatkan saingan di tempat keempat dalam perlumbaan akhir 100 meter T36 (cerebral palsy) Sukan Paralimpik 2020 Tokyo, sebentar tadi.

Pemenang pingat emas edisi lalu di Rio 2016 itu menamatkan saingan di Stadium Olimpik, Tokyo dengan catatan 12.15 saat (s).

Emas dimenangi Deng Peicheng dari China dengan catatan rekod Paralimpik 11.85s, diikuti James Turner (Australia) 12.00s perak dan Alexis Sebastian Chavez (Argentina) 12.02s gangsa.

Catatan masa peribadi terbaik Ridzuan atau lebih mesra dipanggil Dikwan, yang kini berusia 34 tahun adalah 11.87s sewaktu Sukan Para Asia 2018.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya