JAKARTA: Penyanyi, Vicky Shu berkata dia tidak pernah berkecil hati apabila berdepan kritikan netizen terhadap bentuk badannya yang besar.
Kata penyanyi berusia 36 tahun ini, hal demikian kerana dirinya sudah biasa menerima ejekan dan cemuhan orang ramai terhadap berat badannya.
“Demi Allah saya tidak pernah tersinggung kerana sudah terbiasa menerima body shaming sejak kecil.
“Saya sentiasa berusaha untuk kurus kerana bertubuh besar sejak keci,” tulisnya di Instagram.
Katanya lagi, meskipun dia pernah kurus, namun tetap dipandang bertubuh berisi kerana bentuk pipi yang ‘gebu’ secara semula jadi.
“Saya sering dipanggil Tweety meskipun pernah kurus.
“Oleh itu,saya cuba seimbangkan penampilan dengan gaya rambut pony tail dan memakai kasut tinggi.
“Saya tidak ambil hati, kerana sejak kecil sudah berusaha untuk kurus,” tulisnya lagi.
Namun, kata Vicky dia agak bingung, tidak tahu bagaimana untuk menjawab kritikan dan pertanyaan netizen yang adakalanya keterlaluan.
“Saya tidak tahu untuk berikan respons yang bagaimana kerana saya bukan seorang yang mudah melenting.
“Saya anggap mereka tidak berniat jahat dan hanya ingin tahu,” ujarnya.