Dahulu meriah, kini Pulau Cherating sepi tanpa pelancong

Dahulu meriah, kini Pulau Cherating sepi tanpa pelancong

PULAU Cherating di Kuantan, Pahang begitu mengharapkan kedatangan semula pelancong bukan sahaja bagi menyerikan pusat pelancongan itu malah membantu peniaga dan pengusaha menjana kembali kegiatan ekonomi. - FOTO/DIANA SURYA ABD. WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Penutupan sektor pelancongan akibat Covid-19 sejak tahun lalu, memberi kesan mendalam terhadap industri pelancongan di Cherating di sini, yang dahulu menjadi antara lokasi pilihan percutian.

Kegagalan meneruskan sektor ini ketika di saat genting kenaikan wabak Covid-19 ini ternyata memberikan kesan ekonomi yang begitu meruncing kepada rata-rata peniaga dan pengusaha di kawasan tersebut.

Pengusaha chalet, inap desa dan resort terpaksa bertahan dalam pelbagai cara untuk mengecilkan operasi atau menutup perniagaan mereka.

Setelah kerajaan mula mengura-urakan pembukaan sektor pelancongan dalam tempoh terdekat ini, tinjauan Utusan Malaysia mendapati rata-rata pemain industri pelancongan Cherating mengharapkan sektor itu dibuka secara menyeluruh dengan membenarkan aktiviti rentas negeri bagi tujuan melancong.

BAHARUDIN ZAHID

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pengusaha chalet dan kedai makan, Baharudin Zahid, 60, berkata, kerajaan perlu memberi perhatian dan melihat keadaan industri pelancongan yang memerlukan sokongan.

Menurutnya, walaupun pelancongan di Cherating kelihatan bermusin namun ia tidak pernah sunyi dengan kehadiran pelancong dalam dan luar negara.

Namun akibat daripada pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lalu, industri pelancongan termasuk di Cherating kian tenat dan pengusaha juga ada yang gulung tikar.

Kerajaan perlu bertindak tegas dan tidak bertarik-tali dengan membenarkan aktiviti pelancongan dibuka semula… rakyat perlu diberi kebenaran supaya boleh merentas negeri untuk bercuti bagi merancakkan industri ini. Apalah gunanya jika sektor pelancongan dibuka tetapi tiada pelancong yang dibenarkan datang.

Kita (pengusaha) pun takut dengan wabak (Covid-19) ini tetapi mungkin boleh diberi sedikit peluang pembukaan sikit demi sedikit dan akhirnya boleh kembali beroperasi seperti sebelum ini,” katanya.

NURMALA SUHANA WAHIDA BASIRUN

Seorang lagi pengusaha chalet yang terletak di Kampung Cherating, Normala Suhana Wahida Basirun, 35, berkata, melihat kepada keadaan kewangan yang semakin meruncing pembukaan sektor pelancongan sememangnya begitu dinantikan.

Dalam keadaan tertekan dengan sumber pendapatan yang hanya bergantung kepada satu perniagaan ini sahaja kami sedikit bernasib baik kerana tidak perlu membayar sewa tapak memandangkan semua chalet di sini dibina di atas tanah sendiri.

Kita memang sudah bersedia sepenuhnya untuk menerima kehadiran pelancong dan berharap kerajaan meneruskan hasrat membernarkan mereka yang sudah lengkap mendapatkan dua dos vaksin melancong.

Kalau boleh kerajaan membenarkan rentas negeri memandangkan ramai yang datang ke Cherating antaranya dari Kuala Lumpur dan Selangor… bukannya orang tempatan,” katanya yang mempunyai 35 buah chalet berhampiran pantai Cherating.

MOHD. HAFIZ ABDUL MAJID

Sementara itu, bagi pengusaha Kelip-Kelip di Cherating, Mohd. Hafiz Abdul Majid, 51, berkata, pembukaan semula sektor pelancongan bulan ini diharap memberi sinar baharu buat perniagaanya yang sudah tidak beroperasi sejak Mac tahun lalu.

Katanya, sebelum dilanda Covid-19, sebanyak 11 bot digunakan membawa pelancong melihat kelip-kelip dengan kehadiran sehingga 250 orang pelancong setiap malam, namun kini dia akan mengusahakan aktiviti ini menggunakan dua buah bot sahaja.

Ini kerana semenjak PKP, ketiadaan operasi banyak bot dan enjin yang sudah rosak yang mana memerlukan modal besar untuk kerja penyelenggaraan.

Nasib baik isteri saya mengambil inisiatif menjual makanan secara dalam talian berkonsepkan pesan dan hantar maka dapatlah kami mendapatkan sedikit modal baharu sementara menunggu pengumuman pembukaan sektor pelancongan.

Operasi syarikat pun terpaksa dikecilkan dan saya masih lagi tidak mampu menggunakan pekerja yang ramai untuk memulakannya perniagaan,” katanya.

Tambahnya, dengan pembukaan semula sektor pelancongan kerajaan harus lebih bersikap terbuka kerana pemain industri pelancongan berteraskan aktiviti pelancongan juga antara penyumbang kepada ekonomi negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya