Contohi negeri lain kekalkan istana lama - Utusan Malaysia

Contohi negeri lain kekalkan istana lama

ISTANA lama Raja Muda di Jalan Syed Abu Bakar, Teluk Intan, Perak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Pencinta sejarah di daerah ini menyambut baik keputusan kerajaan negeri menangguhkan cadangan menjual tanah yang menempatkan Istana Raja Muda Perak di sini untuk tujuan komersial dan pembangunan bercampur.

Ahli  Jejak Warisan Teluk Intan, Saiful Rezal Mohd. Razali berkata, keputusan itu memberikan harapan untuk bangunan di kawasan seluas kira-kira dua hektar itu diselamatkan.

SAIFUL REZAL MOHD. RAZALI

Kata beliau, pihaknya juga menyambut baik keputusan kerajaan untuk membuat kajian terhadap istana lama itu.

“Keputusan kerajaan menangguhkan lelongan tanah dan istana lama ini amat melegakan kami dan berharap kerajaan membuat pertimbangan sewajarnya untuk memastikan istana ini dikekalkan.

“Istana ini mempunyai warisan sejarah yang tinggi bukan sahaja kepada rakyat di Teluk Intan tetapi juga sejarah Kesultanan Perak.

“Kami berharap apa juga kajian yang dilakukan terhadap istana ini, warisannya perlu dipulihara,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Saiful Rezal, antara cadangan yang perlu dipertimbangkan oleh kerajaan negeri ialah menjadikan Istana Raja Muda Perak itu sebagai warisan pelancongan.

Katanya, dalam hal ini kerajaan Perak boleh mengambil contoh pemuliharaan Istana Kampung Gelam di Singapura yang mengalami transformasi  dengan kerajaan Singapura masih mengekalkan bangunan Istana tersebut serta dipelihara seni binanya.

“Sungguhpun Kesultanan Melayu di negara itu sudah tidak wujud, tetap warisan sejarahnya dikekalkan. Kewujudan istana tersebut menceritakan segalanya,” katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri Selangor juga mengekalkan warisan diraja dengan memulihara Istana Bandar di Banting.

“Malah, istana lama di Klang iaitu Istana Jemaah ditukar peranan menjadi Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Ia bertujuan mengekalkan nilai warisan bangunan sejarah kesultanan negeri itu,” katanya.

Semalam, Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad mengumumkan kerajaan negeri Perak menangguhkan pelaksanaan tender untuk menjual tanah seluas dua hektar yang menempatkan istana lama Raja Muda di Jalan Syed Abu Bakar di Teluk Intan.

Menurutnya, keputusan itu dibuat berikutan beberapa bantahan terhadap lelongan itu dan kajian terperinci akan dilakukan di tapak istana lama itu.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya