Cerun bukit di Hospital Queen Elizabeth runtuh - Utusan Malaysia

Cerun bukit di Hospital Queen Elizabeth runtuh

KEADAAN cerun runtuh yang berlaku di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Dua blok bangunan di Pusat Rawatan Tibi, Hospital Queen Elizabeth (HQE) dikosongkan susulan cerun runtuh yang berlaku semalam.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat negeri, Ir. Shahelmey Yahya berkata, kejadian cerun runtuh itu dimaklumkan lewat malam semalam dan tinjauan hari ini mendapati struktur wad turut terkesan.

Susulan itu, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Sedafiat Sdn. Bhd. sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan sebelum tindakan pembaik pulih dilakukan.

Malah, dua blok bangunan berhampiran kawasan cerun runtuh turut dikosongkan bagi mengelakkan sebarang kejadian dan kemalangan jiwa berlaku.

“Berdasarkan laporan HQE, keadaan terkawal dan operasi Pusat Rawatan Tibi masih berjalan dan kerosakan hanya membabitkan bangunan kecil yang menempatkan makmal dan stok penyimpanan barang,” katanya selepas melawat cerun runtuh di HQE dekat sini, hari ini.

Dalam pada itu, Exco Kesihatan negeri itu berkata, ketika ini penggunaan alat bantuan pernafasan (ventilator) bagi pesakit Covid-19 mencapai 70 peratus.

Jelas beliau, penggunaan katil berada pada tahap optimum namun, pihak hospital mempunyai perancangan menukar wad sedia ada untuk menempatkan pesakit Covid-19 sekiranya perlu.

Shahelmey berkata, beliau yakin hospital mampu menangani keadaan ini. Di peringkat kerajaan, mereka bersama Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) dan Kementerian Kesihatan akan memaksimumkan pemberian vaksin bagi menstabilkan semula keadaan di Sabah.

Tambahnya, hanya melalui vaksinasi lengkap mampu mengurangkan kadar jangkitan kes Covid-19 seperti yang berlaku di tempat lain seperti Labuan dan Lembah Klang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya