PETALING JAYA: Ratu rock tanah air, Ella Aminuddin, 56, tampil memberi reaksi berhubung sekeping gambar memaparkan dia bersama legenda badminton negara, Rashid Sidek yang tular baru-baru ini.
Menerusi reaksi tersebut, penyanyi lagu Retak itu menegaskan gambar tersebut hanyalah kisah lama mereka berdua.
Tambahnya, hubungan mereka pada ketika itu hanyalah sekadar teman biasa.
“Cerita lama, hanya kawan. Lagi pun, saya adalah peminat Anak-Anak Sidek. Okay, gambar ini jelas sikit,” tulisnya di ruangan komen.
Legenda badminton itu kebelakangan ini kembali menjadi sebutan susulan pencapaian anak didiknya, Cheah Like Hou yang berjaya merangkul pingat emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.