Caprice masih tunggu untuk dibenarkan kuarantin di rumah - Utusan Malaysia

Caprice masih tunggu untuk dibenarkan kuarantin di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi rap dan usahawan terkenal, Caprice memaklumkan masih menunggu maklum balas daripada pihak terbabit untuk dirinya menyambung menjalani kuarantin di rumah sendiri.

Menerusi entri Instagram, aktivis kemanusiaan itu memuat naik satu hantaran video yang memaparkan dia sedang berada di salah sebuah bilik hotel.

Dalam hantaran yang sama juga, Caprice turut berkongsi secara terperinci peraturan yang perlu dipatuhi setiap individu yang sedang menjalani kuarantin di hotel tersebut.

“Saya secara rasmi sedang kuarantin. Caprice ada mohon untuk kuarantin di rumah tetapi tidak dapat maklum balas lagi,” tuturnya ringkas di Instagram.

Menerusi hantaran yang sama, penyanyi lagu Xde Hal Bro itu sempat menunjukkan suasana di bahagian luar biliknya apabila makanan tiba untuk diberi kepada individu yang menjalani kuarantin di sana.

Semalam, dia memberitahu telah selamat tiba ke tanah air, selepas lebih dua bulan menjalankan misi kemanusiaan di Jordan.

Perjalanannya ke hotel untuk kuarantin diawasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengelakkan perkara yang tidak dijangka berlaku.

Caprice memaklumkan, dia dijangka bakal menjalani kuarantin selama 10 hari dan urusan penghantaran tempahan barangan serta buah tangan hanya dapat dilakukan selepas 18 September ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya