Budak lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) hilang ditemukan lemas

Budak lelaki OKU hilang ditemukan lemas dalam lombong

ANGGOTA polis mengangkat mayat Fayyadh Ukasyah Abdul Wahid yang ditemukan lemas di dalam lombong di Taman Kinta Baru di Gopeng, Ipoh, hari ini. - FOTO/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOPENG: Kanak-kanak lelaki hiperaktif berusia enam tahun yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Taman Kinta Baru di sini semalam, ditemukan lemas dalam lombong berdekatan hari ini.

Mayat Fayyadh Ukasyah Abdul Wahid ditemukan oleh anggota dari Balai Polis Gopeng dalam keadaan terapung pada pukul 9.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Hasron Nazri Hashim berkata, mayat kanak-kanak itu dijumpai pada jarak 80 meter dari rumah keluarganya.

“Mayat kanak-kanak itu dibawa naik ke tebing oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng. Pemeriksaan awal pada fizikal mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah.

“Pengecaman telah dibuat oleh keluarga mangsa dan mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya di sini hari ini.

Kehilangan kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran dan bisu itu disedari ibunya pada pukul 6.30 petang, semalam setelah didapati tiada di ruang tamu rumah.

Operasi mencari mangsa segera digerakkan dengan bantuan pihak bomba dengan Unit Anjing Pengesan (K9) PDRM dan agensi lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya