Budak lelaki 11 tahun lemas jatuh Sungai Kinta - Utusan Malaysia

Budak lelaki 11 tahun lemas jatuh Sungai Kinta

KANAK-KANAK lelaki yang ditemukan lemas setelah terjatuh ke dalam Sungai Kinta berhampiran Taman Desa Pelancongan di Ipoh, Perak, hari ini. - IHSAN JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan mati lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Kinta berhampiran Taman Desa Pelancongan, di sini hari ini.

Mangsa, Mohd. Hakimi Nor Izzudin dikatakan terjatuh ke dalam sungai itu ketika bermain bersama dua rakannya sekitar pukul 10.30 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh, Mohamad Fadzeli Che Husin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 11.26 pagi.

Katanya, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, kanak-kanak tersebut telah dibawa naik ke tebing oleh orang awam.

“Berdasarkan maklumat, mangsa bermain berhampiran sungai itu bersama beberapa rakannya sebelum dia tergelincir ke dalam sungai.

“Kejadian itu disedari orang awam setelah mendengar jeritan rakan mangsa meminta bantuan. Mereka segera menyelamatkan kanak-kanak itu dan membantu menaikkannya ke tebing,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, kanak-kanak itu telah diberikan bantuan pernafasan (CPR) oleh anggota bomba namun mangsa tidak memberikan sebarang tindak balas.

Katanya, pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian telah melakukan pemeriksaan ke atas mangsa dan mengesahkan dia meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa diserahkan kepadapolis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada pukul 1.01 tengah hari,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya