TOKYO: Perenang negara, Brenda Anellia Larry gagal ke aksi final 50m kuak lentang wanita S4, Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Dalam aksi saringan di Pusat Akuatik Tokyo, Brenda mencatatkan 59.33 saat (s)tetapi ia tidak cukup untuk meletakkannya dalam kelompok lapan terbaik untuk aksi final.
Dia sekadar menghuni kedudukan ke-11 daripada 15 peserta secara keseluruhan.
Dalam aksi itu, perenang ChinaChina, Yu Liu mengungguli sesi berkenaan dengan merakamkan 45.81s yang sekali gus memecahkan rekod dunia 46.51s dilakukan rakan senegaranya, Jiao Cheng di Mexico pada 2017.
Tempat kedua terbaik dalam sesi saringan adalah atlet Greece, Alexandra Stamatopoulou yang mencatat 48.36s manakala Yanfei Zhou ketinggalan 4.12s di belakang rakan senegaranya, Liu.