Boleh rentas negeri tidak lama lagi - KJ - Utusan Malaysia

Boleh rentas negeri tidak lama lagi – KJ

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan mempertimbang beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) termasuk aktiviti rentas negeri dalam masa terdekat.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu akan dibawa dalam perbincangan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) berdasarkan penilaian risiko Kementerian Kesihatan.

Justeru, kata beliau, rakyat diminta bersabar dan memberi sedikit masa untuk kerajaan membuat keputusan sewajarnya.

“Saya sudah bincang perkara ini dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dan kita sedang mengemukakan beberapa cadangan. jadi kita akan bawa ke MKN dalam masa terdekat.

“Ada harapan (rentas negeri), tetapi saya minta sabar sekejap lagi kerana ada beberapa negeri yang mana masih lagi nilai ambang vaksinasi rendah sedikit.

“Jadi akhir September ini kita menjangkakan, semua negeri akan sampai nilai ambang 60 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi. Bersabarlah, sedikit sahaja masa lagi,” katanya dalam sesi temubual bersama media, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya