"Bedah siasat' isu Ziyad dilakukan jawatankuasa siasatan dalaman - Utusan Malaysia

“Bedah siasat’ isu Ziyad dilakukan jawatankuasa siasatan dalaman

AHMAD FAIZAL AZUMU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Insiden yang melibatkan atlet lontar peluru negara Muhammad Ziyad Zolkefli di Sukan Paralimpik Tokyo 2022 harus dijadikan pengajaran berguna buat semua pihak yang terlibat di temasya berkenaan.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang mahu mengetahui secara menyeluruh apa yang berlaku di sana selepas timbul pelbagai cerita dan andaian berkaitan insiden pembatalan penyertaan dan kemenangan mengambil langkah menubuhkan jawatankuasa siasatan dalaman.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumuu berkata, jawatankuasa itu membabitkan keanggotaan bebas yang dikawal sela oleh Majlis Sukan Negara (MSN).

Beliau berkata, antara tugas dan tanggungjawab jawatankuasa berkenaan adalah mengenalpasti isu serta kelemahan yang ada hingga menyebabkan Ziyad gagal membawa pulang pingat emas untuk negara.

“Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Tan Sri Borhan Dolah iaitu mantan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia.

“Ahlinya adalah mantan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salim Parlan dan Ketua Jurulatih Kesatuan Olahraga Malaysia, Mohd Manshahar Abdul Jalil.

“Mereka akan memanggil individu yang boleh membantu siasatan seterusnya mengemukakan laporan kepada KBS pada tempoh masa yang ditentukan,” katanya.

Selain itu, Ahmad Faizal berkata, jawatankuasa berkenaan juga akan menetapkan skop dan bidang tugas jawatankuasa siasatan.

Terdahulu, Ziyad membuktikan dia atlet terbaik dunia apabila melakukan lontaran 17.94m sekali gus memperbaharui rekod dunia miliknya sendiri 17.29m yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London.

Balingan Ziyad itu hadir pada percubaan ketiga di Stadium Olimpik itu.

Bagaimanapun malang menimpanya apabila kemenangannya menerusi acara itu tidak diiktiraf selepas dia bersama dua lagi peserta lain dari Ecuador dan Australia difahamkan menerima protes daripada kem Ukraine kerana dikatakan lambat memasuki ‘call room’ atau bilik persediaan atlet sebelum turun beraksi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya