Bapa Ashraf Muslim positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Bapa Ashraf Muslim positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon terkenal, Ashraf Muslim memaklumkan bapa kesayangannya, Muslim Bulat telah dimasukkan ke hospital akibat dijangkiti virus Covid-19, beberapa hari lalu.

Menurut Ashraf, bapanya kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pussat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.

Menerusi entri Instagram, pelakon itu mendedahkan virus Covid-19 yang dijangkiti bapanya kini di tahap 5B.

“Assalamualaikum, sudah lama saya simpan. Beberapa hari lepas, ayah saya Muslim Bulat telah dijangkiti Covid-19.

“Kategori Covid 5B dan kini sedang di intubate di wad ICU, PPUM. Dia juga sedang mengalami proses yang sukar sekarang ini,” kongsinya di Instastory.

Menerusi perkongsian yang sama, dia turut memohon orang ramai agar memanjatkan doa buat ayah tercintanya agar kekal kuat dan diberi kesembuhan seperti sedia kala.

“Saya mohon sangat-sangat ahli keluarga dan sahabat handai agar mendoakan ayah saya kuat serta cepat sembuh. Terima kasih semua,” katanya.

Sebagai informasi, Ashraf Muslim juga pernah disahkan positif Covid-19 pada tanggal 12 April lepas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya