“Bangun susah, nak berjalan harus ada tongkatnya” -Suami Rebecca Nur Al Islam sakit di bahagian pinggang - Utusan Malaysia

“Bangun susah, nak berjalan harus ada tongkatnya” -Suami Rebecca Nur Al Islam sakit di bahagian pinggang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon terkenal, Datin Rebecca Nur Al Islam memberitahu suami tercintanya, Datuk Nor Azam Sulaiman kini mengalami kesakitan di bahagian pinggang yang mengakibatkan kesukaran untuk berjalan.

Menurut Rebecca, dia mendakwa kesakitan yang dialami suaminya itu kesan sampingan daripada jangkitan virus Covid-19, sebelum ini.

Bagaimanapun, pelakon itu juga bertanya kepada pengikutnya di Instagram, mengenai punca sebenar kesakitan tersebut.

“Mummy Becca mulakan hantaran gambar hari ini dengan sang cinta, suami ku yang tiba-tiba susah nak berjalan disebabkan pinggangnya sakit sangat-sangat.

“Dua hari lepas dia dah rasa sesuatu dengan pinggangnya, tetapi tetap cuba kuatkan diri. Namun, semalam tiba-tiba susah nak berjalan pula dan Mummy apa lagi, terus membawanya ke hospital untuk diperiksa. Risau.

“Tahu tak nak cakap apa punca? Mungkin ke selepas baik dari virus Covid-19 tahap empat dan lima sebelum ini, ada kesan sampingan? Hanya Allah yang mengetahui,” katanya di Instagram.

Menerusi entri tersebut, dia memuat naik beberapa keping gambar dan video yang memaparkan suaminya berkerusi roda serta bertongkat semasa dibawa ke hospital.

Mengulas lanjut, Rebecca memaklumkan buat masa ini suaminya terpaksa bergerak menggunakan tongkat dan doktor juga telah memberi ubat kepadanya dalam masa seminggu.

“Apa-apa pun doktor memberi ubat untuk seminggu tengok macam mana. Sebab secara jujurnya encik suami memang tidak suka pergi hospital dan apa lagi ditahan wad. InsyaAllah, semoga baik dan sihatnya ini biasa-biasa sahaja ya sayang.

“Tetapi itulah, bangun susah serta nak berjalan harus ada tongkatnya. Allahuakbar, ujian dari Allah. Kami terima denga reda. InsyaAllah ujian pada hambanya yang mampu hadapi dan hebat,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, dia sempat menitipkan doa buat suaminya agar kembali sihat dan sejahtera seperti sedia kala.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya