Balu nahas maut harap insurans suami sara kehidupan

Balu nahas maut harap insurans suami

SHAMSHIRA Mohamad Norizin dan anaknya, Adeeb Hud Hafize menziarahi kubur suami dan anaknya di Chenderong Balai dekat Teluk Intan, Perak, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Wanita yang kehilangan suami dan dua anaknya dalam kemalangan melibatkan lori simen terbabas di Jalan Malim Nawar-Kota Bharu dekat Gopeng pada November tahun lalu kecewa apabila majikan suaminya belum menyelesaikan tuntutan berkaitan insurans suaminya.

Shamshira Mohamad Norizin, 32 berkata, dia amat memerlukan insurans suaminya untuk menampung keperluan seharian terutama untuk anak bongsunya yang berusia tiga tahun, Adeeb Hud Hafize.

Menurutnya, sehingga kini tuntutan insurans suaminya belum diselesaikan, menyebabkan dia terus tertunggu-tunggu.

“Saya kecewa kerana tuntutan insurans arwah suami saya masih tidak selesai setelah hampir setahun kemalangan yang me­nyebabkan saya kehilangan tiga ahli keluarga sekaligus.

“Saya harap ada pihak yang dapat membantu saya mempercepatkan proses tuntutan in­surans suami saya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Chenderong Balai dekat sini semalam.

Ketika ini, Shamshira yang tidak bekerja kini tinggal di rumah ibunya, Normah Khalid di Chenderong Balai di sini.

“Saya tidak bekerja dan setakat ini hanya menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Ke­bajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Dalam nahas pada 3 November tahun lalu, suami Shamshira, Hafize Nizam, 30, dan dua anak lelakinya, Muhammad Afeef R­afiqie, 9, dan Arrian Nuh, 6, me­­ninggal dunia di tempat kejadian.

Kemalangan berlaku apabila treler dipandu Ha­fize Nizam ter­babas di lorong kiri sebelum melanggar tiang elektrik dan besi penghadang jalan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya