Aura Kasih takut berkahwin lagi - Utusan Malaysia

Aura Kasih takut berkahwin lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kegagalan dalam rumah tangga sebelum ini membuatkan penyanyi meningkat naik, Aura Kasih takut untuk berkahwin lagi.

Lapor Liputan6, Aura membuat pengakuan tersebut apabila disoal netizen berkenaan hal itu di Instagramnya baru-baru ini.

“Agak takut,” jawabnya ringkas.

Namun jelas empunya nama sebenar Shahiyani Febri Wiraatmadja ini, perkara itu tidak bermaksud dia menutup hatinya untuk bercinta lagi.

Katanya, persepsinya mungkin berubah dengan kehadiran lelaki yang tepat dan sesuai dengannya.

“Bergantung jika pasangan itu meyakinkan atau pun tidak,” kata penyanyi berusia 34 tahun ini.

Ibu kepada seorang anak ini turut berterus terang tentang jenis lelaki pilihan hatinya.

Katanya, dia hanya mencari seorang yang setia.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Mari Bercinta ini memberi jawapan jujur saat ditanya adakah dia sudah melupakan bekas suaminya, Eryck Amaral.

“Boleh! Semangat,” jawabnya.

Aura dan Eryck berkahwin pada Disember 2018 di Jakarta.

Pasangan ini memutuskan untuk bercerai pada 28 April tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya