PETALING JAYA: Pelakon meningkat naik, Shahidan Izwan meluahkan kesyukuran setelah impiannya untuk bertemu pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew menjadi kenyataan.
Shahidan yang lebih dikenali sebagai Iwang Ali itu berkata, dia gembira kerana pertemuannya dengan figura itu sempat dimafaatkan untuk menimba ilmu agama.
“Saya teringin sangat nak jumpa Ustaz @ebitlew, nak belajar agama dengan ustaz tetapi kita hanya mampu merencang, Allah menentukan segalanya.
“Alhamdulillah saya tak sangka rezeki saya malam tadi Allah temukan saya dengan Ustaz Ebit Lew dan banyak ilmu saya dapat daripada ustaz.
“Jadi jangan risau dengan perjalanan hidup kita. Kita hanya merancang, tetapi Allah SWT sebaik-baik perancang,” tulisnya di Instagram (IG).
Dalam perkongsian sama, Shahidan turut memuat naik sekeping gambar bersama pendakwah tersebut di IG.
Shahidan sebelum ini pernah tampil memegang watak hantu menerusi filem Munafik 1 dan 2.
Ketampanan pelakon ini dipuji ramai wanita sehingga ada yang menggelarnya Bruno Mars Malaysia.
Dia baru-baru ini muncul dengan watak berbeza menerusi drama Kanvas yang menampilkan pelakon berbakat seperti Adam Lee, Ika Nabila dan ramai lagi. – UTUSAN ONLINE