Ajaran 'Perjalanan Mimpi Yang Terakhir' sesat, ancam keselamatan negara - Utusan Malaysia

Ajaran ‘Perjalanan Mimpi Yang Terakhir’ sesat, ancam keselamatan negara

IDRIS Ahmad (kiri) menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Matang, dekat Bukit Gantang. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT GANTANG: Masyarakat diminta tidak terpengaruh dengan ajaran sesat Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) yang dibawa oleh seorang wanita dikenali sebagai ‘Sittah Annur’.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, ajaran tersebut sangat menyentuh sensitiviti umat Islam, bahkan berkait dengan akidah yang boleh menyesatkan bagi mereka yang kurang ilmu agama.

Menurutnya, ajaran sesat yang dibawa wanita itu boleh mengancam keselamatan negara.

“Orang ramai yang ingin mendalami ilmu agama seharusnya belajar daripada pihak atau medium yang tepat seperti di masjid dan surau, bukannya secara bersembunyi seperti di bukit.

“Bagi mereka yang ingin belajar agama, biarlah dari medium yang betul supaya jika berlaku sesuatu yang tidak betul atau terpesong, Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) boleh ambil tindakan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Dewan orang ramai Matang Gelugor dekat sini hari ini.

Menurut Idris, masyarakat harus menggunakan rasional akal untuk menilai sesuatu ajaran.

Katanya, tindakan pelik seperti belajar agama di tempat tersembunyi seperti di bukit dan sebagainya, tidak berlaku jika ajaran berkenaan tidak terpesong.

“Jika ajaran yang mereka buat ini betul, kenapa mereka tidak buat di surau atau masjid?,” katanya.

Menurutnya, orang ramai dinasihat merujuk kepada pihak berkuasa jika mengesan ajaran yang pelik dan meragukan.

Katanya, sekurang-kurangnya imam setempat perlu dirujuk bagi memastikan sesuatu ajaran benar atau sebaliknya.

“Kita bertegas untuk menyelamatkan akidah pengikut kumpulan ini melalui pendekatan kaunseling dan pendidikan.

“Semua pihak berkuasa agama tidak akan berkompromi dalam menangani ajaran sesat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya