Aishah semakin sembuh dengan rawatan sedia ada - Utusan Malaysia

Aishah semakin sembuh dengan rawatan sedia ada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keadaan kesihatan penyanyi, Aishah dilaporkan semakin sembuh dengan tahap oksigen 96 peratus tanpa memerlukan alat bantuan pernafasan.

Khabar yang dikongsi kelab peminat penyanyi Janji Manis Mu itu di Instagram milik @aishahfcff_official memaklumkan, Aishah semakin pulih menerusi rawatan sedia ada.

“Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Maaf semua, tolong jangan ganggu rawatan Kak Aishah yang diberikan di hospital ya.

“Kak Aishah sudah semakin pulih dengan rawatan sedia ada. Sudah tentu dengan izin dari-Nya,” jelas kelab peminat Aishah pada pukul 11.40 malam tadi.

AISHAH

Terdahulu, Aishah, 56, dilaporkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan (RTK) di sebuah pusat perubatan swasta dan dikejarkan ke hospital berikutan paras oksigen merosot. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya