Aishah alami jangkitan kuman - Utusan Malaysia

Aishah alami jangkitan kuman

AISHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasil imbasan tomografi berkomputer (CT scan) mendapati penyanyi, Aishah mengalami jangkitan kuman dan masih dirawat di Hospital Ampang.

Perkembangan empunya nama Wan Aishah Wan Ariffin itu dikongsikan kelab peminatnya menerusi akaun Instagram aishahfcff_official, baru-baru ini.

Kerana itu, penyanyi lagu Janji Manismu ini terpaksa meneruskan pengambilan antibiotik untuk merawat jangkitan yang dialaminya.

Namun, kesihatannya disahkan bertambah baik dan tidak lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

Aishah beberapa hari lalu dibawa ke Hospital Ampang selepas disahkan positif Covid-19. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya