Ah long mengaku salah aktiviti wang haram, didenda RM3,500

Ah long mengaku salah, didenda RM3,500

LAI Tian Shen dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban atas pertuduhan memberi pinjaman wang tanpa lesen. - FOTO/NOR SHAFAWATI YUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang ah long dijatuhi hukuman denda RM3,500 di Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menjalankan aktiviti pinjaman wang tanpa lesen.

Terdahulu, Majistret Mahyun Yusuf menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh, Lai Tian Shen, 19, yang membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Jika gagal membayar denda, tertuduh boleh dihukum penjara enam bulan.

Mengikut pertuduhan, Tian Shen didakwa telah membantu pemberi pinjam wang tanpa lesen dengan menawarkan pinjaman tanpa suatu kelulusan di kawasan awam.

Kesalahan itu dilakukan di Nilai Square, Bandar Baru Nilai Utama di sini pada pukul 2.15 petang, 6 September 2021 lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 29AA Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh bagaimanapun telah membayar denda tersebut.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hafizal Zainul manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Rabu lalu, media melaporkan kegiatan sindiket ‘ah long’ yang aktif memberi pinjaman wang tanpa lesen di Negeri Sembilan berjaya ditumpaskan dengan penahanan lima lelaki warga tempatan. 

Tertuduh merupakan salah seorang daripada lima suspek yang ditahan selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti pemberian pinjaman wang tanpa lesen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya