Agenda memperkasa TVET dapat lahirkan graduan berkualiti

Agenda memperkasa TVET dapat lahirkan graduan berkualiti

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyampaikan titah perasmian National Conference on TVET Undergraduate Students (NCTS 2021) yang diadakan secara dalam talian di Perlis, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Agenda pemerkasaan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang didukung Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) adalah selaras dengan hasrat negara dalam membangunkan aktiviti ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi dengan melahirkan graduan TVET berkualiti. 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, usaha tersebut adalah bagi memastikan negara mampu menghasilkan modal insan yang kompeten, bertaraf dunia dan memenuhi permintaan industri dalam mendepani cabaran Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0).

“Politeknik dan Kolej Komuniti juga telah berupaya menjalankan kajian dengan geran yang ditawarkan. Melalui TVET Applied Research Grant Scheme (T-ARGS), sejumlah hampir RM1.5 juta telah diperuntukkan dan 15 politeknik telah berjaya bagi fasa 2020 dan 2021. 

“Daripada jumlah ini, hampir RM200,000 telah dianugerahkan kepada Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) melalui tiga kajian berasingan,” titah baginda ketika berkenan menyampaikan titah perasmian National Conference on TVET Undergraduate Students (NCTS 2021)’ yang diadakan secara dalam talian di sini, semalam.

Seminar selama sehari yang melibatkan 100 kertas pembentangan melalui siaran video secara langsung antara pembentang dan panel tersebut dianjurkan oleh JPPKK Kementerian Pengajian Tinggi melalui PTSS.

Tambah baginda, inisiatif dana yang dilancarkan semenjak 2018 di bawah Tonggak ke-6 Kerangka TVET 4.0 itu secara tidak langsung menyumbang terhadap peningkatkan kualiti profesionalisme kakitangan akademik Politeknik dan Kolej Komuniti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya