“Abang tiada isu pun, tapi jangan buat provokasi di set” -Shahrulezad Mohameddin - Utusan Malaysia

“Abang tiada isu pun, tapi jangan buat provokasi di set” -Shahrulezad Mohameddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah terkenal tanah air, Shahrulezad Mohameddin tampil memberi penegasan buat segelintir penggiat seni yang tidak mengambil vaksin Covid-19 agar tidak melakukan provokasi di set pengambaran.

Menurutnya lagi, dia juga berharap agar pihak berkenaan supaya mengawal tingkah laku juga dan tidak menimbulkan kekecohan sewaktu di set pengambaran.

“Selagi kerajaan tidak jatuh hukum mandatori diwajibkan vaksin, gembiralah kamu semua dengan kelonggaran ini. Abang tiada isu pun, suka hatilah. Tetapi jangan buat provokasi di set.

“Jangan bangga sangat memukul canang pada kalangan artis atau krew, betapa megahnya dapat menyelit dalam produksi dengan sengaja mencetuskan provokasi yang kononnya tanpa vaksin pun kau bisa meloloskan diri bersama kami.

“Untuk apa tujuan provokasi itu? Cuma nak tunjukkan pada netizen yang Perbadanan kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), stesen televisyen walaupun penerbit tidaklah setegas mana? Hangat-hangat tahi ayam dalam melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan?” tegasnya.

Mengulas lanjut, Shahrulezad menegaskan kepada penggiat seni agar berhati-hati dalam berurusan dengan segelintir daripada artis yang tidak bertanggungjawab supaya dapat mengelakkan daripada timbulnya persepsi buruk orang ramai terhadap para penggiat seni.

“Untuk rakan penerbit, pengarah serta stesen televisyen, berhatti-hatilah apabila berurusan dengan artis-artis pendek akal macam ini. Nanti tidak tentu fasal dengan kita sekali diheret menerima kecaman sama atas tuduhan seolah sengaja menutup mata sama.

“Paling seram hanya kerana seorang dua bimbo yang degil ini, silap-silap kerajaan akan tarik semula kelonggaran untuk melakukan pengambaran yang baru diberi ini.

“Untuk rakan-rakan krew atau artis sekiranya kamu semua dapat tahu ada kalangan mereka yang tidak vaksin tapi menipu, tolong laporkan pada penerbit. Kalau penerbit dua kali lima sekongkol bersubahat, sila laporkan pada stesen atau Finas,” katanya di Instagram.

Sebelum ini, tular di media sosial selepas pelakon lagenda, Fauziah Nawi meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir pelakon yang masih berdegil menyertai sesi pengambaran walaupun tidak divaksin lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya