“Abang Azlee kata rindu betul dengan ustaz dan jemaah, rasa nak ikut sentiasa kerja ini” -Ustaz Ebit Lew - Utusan Malaysia

“Abang Azlee kata rindu betul dengan ustaz dan jemaah, rasa nak ikut sentiasa kerja ini” -Ustaz Ebit Lew

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pendakwah dan dermawan terkenal, Ustaz Ebit Lew menitipkan rasa gembira dan terharu dengan semangat pelawak terkenal, Azlee Senario ketika melakukan kerja-kerja amal bersamanya.

Menurut Ebit, dia menyifatkan pelawak tersebut seorang yang berhati mulia dan ceria kerana sering kali mengembirakan para penduduk kampung dengan seloroh nasihat-nasihat yang diberinya.

“Abang Azlee baik sangat. Dua kali dah bersama saya dalam misi membantu dan belajar iman. Ustaz, saya sangat gembira.

“Di kampung Orang Asli, abang Azlee menceriakan orang kampung dengan nasihat yang baik. Baik-baik sangat orang kampung kami pergi,” katanya di Instagram.

Selepas beberapa hari bersama menerusi misi berkenaan, Ebit memberitahu bahawa pelawak tersebut menitipkan rasa rindu untuk mengikuti kerja-kerja amal itu.

Selain itu, pendakwah itu juga mengakui berasa gembira setelah Azlee mengambil inisiatif untuk menghidupkan amalan sunnah di rumah sebagai rutin bersama keluarga tercintanya.

“Balik sahaja setelah beberapa hari bersama, abang Azlee kata rindu betul dengan ustaz dan jemaah.

“Selain itu, rasa nak ikut sentiasa kerja ini. Bulan ini sahaja sudah lapan hari abang beri untuk kerja ini. Tenang ustaz buat kerja begini, bahagia sahaja serta sejuk hati. Terasa banyak tanggungjawab kita.

“Di rumah, abang Azlee dah mulakan amalan Talim bersama keluarga. Rumah kita akan meriah sangat jika ada amalam bacaan Al-Quran serta hadis Nabi setiap hari bersama,” tulisnya.

Sebagai informasi, Azlee difahamkan sedang mengusahakan perniagaan buah-buahan serta madu di sebuah tapak perniagaan di Saujana Utama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya