73 peratus pelajar IPT sudah divaksinasi - Utusan Malaysia

73 peratus pelajar IPT sudah divaksinasi

AHMAD Masrizal (tengah) memberikan ucapan kepada warga kerja serta ahli perwakilan pelajar UiTM di UiTM Shah Alam, Shah Alam, Selangor hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara dilihat bersedia kembali ke kampus masing-masing pada bulan hadapan apabila 73 daripada mereka sudah menerima vaksin sehingga 20 September lalu.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Ahmad Masrizal Muhammad berkata, situasi ini amat positif dan membolehkan pelajar kembali ke kampus masing-masing secara berperingkat bermula 15 Oktober ini untuk meneruskan pengajian secara bersemuka.

“Sebanyak 91 peratus staf universiti di seluruh negara pula sudah divaksinasi. Bagi saya, peratusan dua kumpulan ini amat tinggi dan membanggakan.

“Saya harap jumlah ini terus meningkat dengan berbaki beberapa hari sebelum pelajar dibenarkan semula memulakan kuliah di dalam kelas,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan rasmi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, hari ini.

Minggu lalu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, lebih 1.2 juta pelajar universiti dijangka pulang ke kampus masing-masing bagi memulakan kuliah secara bersemuka. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya