70 peratus kes Covid-19 di Pulau Pinang dari kluster tempat kerja, kilang  - Utusan Malaysia

70 peratus kes Covid-19 di Pulau Pinang dari kluster tempat kerja, kilang 

NORLELA ARIFFIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kluster tempat kerja khususnya dari sektor perkilangan menyumbang kepada kes tertinggi Covid-19 di Pulau Pinang iaitu kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan kes.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr. Norlela Ariffin berkata, kes daripada kluster itu juga semakin meningkat selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan selepas Pulau Pinang memasuki fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada awal Julai lalu.

Sebagai contoh kata beliau, daripada keseluruhan 8,668 kes positif yang dilaporkan antara 1 Jun hingga 14 Julai lalu, sebanyak 6,222 kes merupakan daripada kluster tempat kerja terutama sektor perkilangan.

Jelasnya, antara punca peningkatan jangkitan itu adalah menjurus kepada penempatan pekerja warga asing yang mana melibatkan percampuran antara lebih 10 buah kilang dalam satu kawasan penempatan atau asrama pekerja.

“Selain itu peningkatan kes juga berlaku disebabkan fasiliti kediaman atau rumah yang tidak sesuai di samping jumlah penghuni melebihi kapasiti dihadkan,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Menurut Norlela (PKR-Penanti), sepanjang tahun ini sehingga 28 Ogos lalu, sebanyak 246 kilang turut diarahkan tutup di seluruh negeri ini selepas dikesan berlakunya kes jangkitan Covid-19.

Daripada jumlah itu katanya, sebanyak 135 buah kilang terletak di daerah Seberang Perai Tengah (SPT); Barat Daya (47); Seberang Perai Selatan (29); Seberang Perai Utara (27) dan Timur Laut (8).

Jumlah itu jelas beliau, jauh lebih tinggi berbanding hanya 17 buah kilang yang diarahkan tutup sepanjang tahun lalu iaitu 15 buah di Barat Daya serta masing-masing satu di SPT dan SPS.

Dalam pada itu, Norlela berkata, kes positif Covid-19 di Pulau Pinang juga meningkat mendadak selepas aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan di bawah fasa dua PPN khususnya melibatkan kawasan seperti di pasar awam, tapak pembinaan dan premis-premis perniagaan.

“Penularan jangkitan di dalam komuniti juga menyebabkan jangkitan sukar dikawal selain terdapat isu dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang lemah yang menyebabkan risiko jangkitan menjadi lebih tinggi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya