40 jam pencarian, mayat pemuda lemas ditemukan tersangkut enjin tongkang  - Utusan Malaysia

40 jam pencarian, mayat pemuda lemas ditemukan tersangkut enjin tongkang 

PASUKAN penyelamat mengusung mayat Ahmad Firdaus Afiq Che Yusof yang ditemukan tersangkut pada enjin tongkang penyedut pasir Serdang di Dungun, Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Selepas hampir 40 jam pencarian, mayat Ahmad Firdaus Afiq Che Yusof, 21, yang hilang di Sungai Dungun di Kampung Tok Kah di sini, ditemukan pada pukul 8.15 pagi ini. 

Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, mayat pekerja kilang memproses ikan itu ditemukan tersangkut pada enjin tongkang penyedut pasir Serdang, kira-kira 3.3 kilometer dari lokasi kejadian. 

“Mayat mangsa yang berseluar pendek dijumpai pekerja di kawasan itu dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang kelmarin, Ahmad Firdaus Afiq dikatakan lemas ketika mandi-manda bersama Mohd. Zulfadzli Mohd. Asmadi, 21, namun rakannya itu diselamatkan orang awam yang berkelah di sungai berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya