273 mangsa banjir masih berada di PPS di Kedah - Utusan Malaysia

273 mangsa banjir masih berada di PPS di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Sebanyak 15 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka bagi menempatkan 273 mangsa banjir daripada 101 keluarga di tiga daerah di negeri ini, hari ini.

Tiga daerah terbabit ialah Baling, Sik dan Padang Terap.

Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah berkata, seramai 235 mangsa daripada 89 keluarga dipindahkan di 12  PPS di daerah Baling.

Menurutnya, sebanyak 12 PPS itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Putra, SK Siong, SK Bandar, SK Tanjung Pari, SK Bayu, SK Titi Gantung, Dewan Banggol Derom, Maktab Mahmud Baling, SK Malau, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Parit Panjang, Surau Barakah Tembak B dan Kampung Padang di Kupang.

“Di Sik pula, dua PPS dibuka iaitu di PPS SK Gulau dan SK Sik yang menempatkan 28 mangsa daripada 6 keluarga,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, sebuah lagi PPS dibuka di Padang Terap iaitu di SK Bukit Tampoi yang menempatkan 10 mangsa daripada enam keluarga. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya