2,500 guru tolak vaksin tidak dibenar mengajar dalam kelas - Radzi

2,500 guru tolak vaksin tidak dibenar mengajar – Radzi

RADZI Jidin berucap pada sesi libat urus bersama bersama guru-guru sekolah menengah Perlis Hotel Putra Regency, Kangar, Perlis, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Guru-guru yang enggan mendapatkan vaksin Covid-19 ataupun antivaksin tidak akan dibenarkan mengajar, berinteraksi atau bersama murid dalam kelas menjelang pembukaan sekolah bulan depan.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin menegaskan, pihaknya juga sedang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai tindakan yang boleh diambil terhadap guru yang menolak suntikan vaksin Covid-19.

Katanya, setakat ini, terdapat 2,500 daripada keseluruhan lebih 400,000 guru masih enggan menerima vaksin atas pelbagai alasan.

Bagaimanapun katanya, sesi libat urus bersama guru-guru terbabit akan diteruskan bagi mengenai pasti keengganan mereka menerima suntikan vaksin tersebut.

“Apabila sekolah dibuka kelak, guru-guru yang tidak menerima vaksin tidak boleh mengajar secara bersemuka atau berinteraksi dengan para pelajar di dalam kelas.

“Kita juga akan mengeluarkan garis panduan kepada guru-guru yang enggan menerima vaksin ini mengenai tugas-tugas sesuai bakal dilakukan mereka apabila tidak boleh mengajar di dalam kelas.

“Apa yang penting kita hendak jaga anak-anak di sekolah supaya ibu bapa yakin persekitaran di sekolah selamat untuk anak-anak mereka. Apabila buka sekolah nanti kita pastikan ekosistem keseluruhan di sekolah itu adalah selamat,” katanya ketika ditemui selepas sesi libat urus bersama bersama guru-guru sekolah menengah Perlis Hotel Putra Regency, di sini semalam.

Sesi libat urus melibatkan guru-guru sekolah rendah dan menengah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pengetua serta guru besar itu adalah bagi membentangkan pelan komprehensif serta mendapatkan pandangan dan input menjelang pembukaan sekolah bulan depan.

Tambah Radzi, selain atas faktor kesihatan, antara alasan lain yang diberikan guru yang enggan menerima suntikan vaksin tersebut adalah seperti tidak yakin dengan vaksin.

Malah katanya, banyak lagi alasan lain diberikan oleh guru-guru terbabit.

“Apa yang kita tekankan, nasihatkan, guru-guru ini perlu tampil menerima vaksin bagi menjamin keselamatan anak-anak dan juga rakan-rakan guru di sekolah,” katanya.

Sementara itu, Radzi memberitahu, setakat ini, sebanyak 96.7 peratus guru telah menerima dos pertama suntikan vaksin dan 85.26 peratus pula lengkap menerima dua dos vaksin dengan jumlah tersebut akan bertambah menjelang Oktober depan.

Katanya, bagi tenaga sokongan seperti pekerja pembersihan, kantin dan keselamatan menyaksikan 73.71 peratus lengkap vaksinasi manakala 89.35 peratus menerima dos pertama vaksin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya