PETALING JAYA: Sejumlah 19,057 kes Covid-19 dilaporkan hari ini berbanding 19,378 kes yang dicatatkan semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal di atas dengan 3,775 kes diikuti Sarawak (2,723 kes) dan Sabah (2,279 kes).
Berikut pecahan kes setiap negeri:
Selangor – 3,775
WPKL – 711
Sabah – 2,279
Johor – 2,077
Sarawak – 2,723
Kedah – 1,329
Pulau Pinang – 1,558
Negeri Sembilan – 242
Kelantan – 1,434
Perak – 1,450
Melaka – 338
Pahang – 410
Terengganu – 605
WP Labuan – 9
WP Putrajaya – 18
Perlis – 99